
Mengenal Ratu Anai Anai Dan Tanggungjawabnya Di Dalam Koloni
March 6, 2025
Semut Terbang Dan Busut Semut
March 18, 2025
Bed Bugs Blog
Jangan biarkan pepijat mengganggu ketenangan rumah anda! Ambil langkah pencegahan hari ini sebelum infestasi menjadi lebih serius!
Tanda Tanda Pepijat Ada DiRumah
Contoh Kesan Gigitan Pepijat Di Rumah
Pepijat ialah sejenis serangga parasit yang dikenali ramai sebagai “bed bugs” dalam bahasa Inggeris. Serangga kecil ini mempunyai tabiat menggigit dan menghisap darah manusia, terutama pada waktu malam ketika mangsanya sedang tidur. Sumber utama makanan pepijat ialah darah manusia atau haiwan berdarah panas seperti burung dan mamalia lain. Walaupun sering disamakan dengan nyamuk kerana sifatnya yang menghisap darah, pepijat tidak mempunyai sayap dan hanya boleh merangkak.
Walaupun serangan pepijat tidak begitu biasa, kehadirannya boleh menjadi masalah pepijat yang besar jika dibiarkan tanpa kawalan. Gigitan pepijat boleh menyebabkan kesan merah yang ketara, rasa gatal gatal yang luar biasa, dan dalam sesetengah kes, reaksi alahan pada kulit. Mereka sering bersembunyi di tempat-tempat yang gelap dan sukar diakses seperti celahan tilam, perabot, bingkai katil, serta retakan kecil di dinding dan lantai. Kebiasaannya, pepijat akan aktif pada waktu malam untuk mencari makanan dan kembali bersembunyi selepas kenyang.
Langkah Untuk Pengenal Pasti Species Pepijat
Bentuk & Ciri-Ciri Pepijat
epal, dengan warna coklat kemerahan seperti karat. Struktur badannya leper dan bujur, membolehkannya menyelinap ke dalam celahan kecil tanpa mudah dikesan. Untuk mendapatkan darah, pepijat menggunakan paruh kecil berbentuk jarum panjang yang boleh menembusi kulit dan menghisap darah secara senyap. Mereka mampu menghisap darah sehingga 6 kali ganda berat badan mereka, menjadikannya sangat bergantung kepada sumber darah untuk terus hidup dan membiak.
Salah satu ciri unik pepijat ialah bendalir liur mereka mengandungi bahan pelali, menyebabkan mangsa tidak berasa sakit semasa digigit. Disebabkan itu, ramai orang hanya menyedari kehadiran pepijat beberapa jam selepas gigitan, apabila kesan merah dan kegatalan mula timbul pada kulit. Jika anda mendapati bintik-bintik merah yang tersusun dalam bentuk garisan atau kelompok pada kulit, ini mungkin bekas gigitan pepijat. Di Malaysia, terdapat dua spesies utama pepijat yang sering ditemui:


Pepijat Biasa (Cimex lectularius) – Spesies ini lebih suka berada di kawasan dengan suhu sederhana dan beriklim sederhana.
Pepijat Tropika (Cimex hemipterus) – Spesies ini lebih banyak ditemui di kawasan tropika seperti Malaysia kerana mampu bertahan dalam suhu dan kelembapan tinggi.
Lokasi Yang Sering Didapati Pepijat
Kaedah Untuk Mengesan Pepijat Di Rumah
Pepijat cekap berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cara ‘menumpang’ pada perabot, pakaian mahupun bagasi. Dalam satu bangunan, serangga ini juga mampu bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain. Ia juga boleh bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat lain melalui rekahan yang terdapat pada dinding, lantai dan siling. Tidak seperti serangga lain yang mempunyai sarang, pepijat cenderung untuk berkumpul di tempat persembunyian seperti kotak simpanan, tempat tidur, tilam, rangka katil, perabot dan celah dinding.
Oleh kerana itu, mengenal pasti kehadiran pepijat di rumah memerlukan pemeriksaan teliti kerana sukar untuk dilihat dengan mata kasar. Walaupun gigitan pepijat tidak diketahui boleh menyebarkan sebarang penyakit berjangkit, ia boleh menunjukkan ketakutan atau fobia yang tidak rasional.
Salah satu kaedah utama untuk mengesan pepijat ialah pemeriksaan fizikal di kawasan berisiko. Pepijat sering ditemui di lipatan tilam, kepala katil, celahan sofa, perabot kayu, karpet, langsir, retakan dinding, serta dalam bagasi dan pakaian. Jika anda baru pulang dari perjalanan atau membeli perabot terpakai, pastikan untuk memeriksa kawasan ini dengan teliti. Menggunakan lampu suluh boleh dapat membantu mengenal pasti pergerakan pepijat di tempat-tempat tersembunyi.



Selain pemeriksaan fizikal, kesan gigitan pada kulit juga boleh menjadi petanda infestasi. Gigitan pepijat biasanya berbentuk kelompok kecil atau berbaris di bahagian badan yang terdedah semasa tidur, seperti tangan, kaki, leher, dan muka. Gigitan ini sering menyebabkan kegatalan yang teruk, kemerahan, dan sedikit bengkak. Walau bagaimanapun, kerana gigitan pepijat boleh menyerupai gigitan nyamuk atau reaksi alergi, tanda ini sahaja tidak mencukupi untuk mengesahkan kehadiran pepijat.
Tanda yang boleh diperhatikan ialah najis dan kesan darah pepijat katil, yang kelihatan seperti bintik-bintik hitam atau coklat gelap pada tilam, cadar, perabot, dan dinding. Kadang kadang najis ini mengandungi sisa darah yang telah dicerna, dan jika dilap dengan kain lembap, ia akan meninggalkan kesan merah gelap. Selain itu, pepijat juga meninggalkan kulit lama yang ditanggalkan semasa proses pertumbuhan. Kulit ini biasanya berwarna kuning pucat dan boleh ditemui berhampiran tempat persembunyian mereka.



Untuk mengesahkan kehadiran pepijat dengan lebih berkesan, penggunaan perangkap khas boleh membantu. Perangkap pelekat boleh diletakkan di kaki katil atau di sekitar tilam untuk menangkap pepijat yang bergerak. Selain itu, terdapat juga cawan pengesan pepijat (interceptor traps) yang diletakkan di kaki katil untuk menghalang pepijat daripada naik ke tilam. Bagi infestasi yang lebih serius, sesetengah perkhidmatan kawalan perosak juga menggunakan anjing pengesan yang dilatih untuk mengesan bau pepijat dengan ketepatan yang tinggi.
Mengesan pepijat memerlukan kombinasi pemeriksaan visual, pencarian tanda-tanda infestasi, dan penggunaan alat pengesan. Jika anda menemui bukti kehadiran pepijat di rumah, ambil tindakan segera untuk mengelakkan populasi mereka daripada membiak dengan lebih banyak. Jika infestasi sudah teruk, mendapatkan khidmat kawalan serangga profesional adalah langkah terbaik untuk memastikan pepijat dapat dihapuskan sepenuhnya.
Rawatan Dan Contoh Gigitan Pepijat
Cara Merawat Gigitan Pepijat
Dalam kebanyakan masa, kesan gigitan pepijat tidak memerlukan rawatan kerana ia akan hilang sendiri dalam masa satu atau dua minggu. Walaubagaimanapun, gigitan pepijat boleh menyebabkan kegatalan yang teruk, bengkak, dan dalam sesetengah kes, reaksi alahan. Untuk merawat gigitan dari pepijat, langkah pertama adalah untuk mencuci kawasan yang terkena gigitan dengan sabun antibakteria dan air suam. Supaya boleh mengurangkan risiko jangkitan yang lebih teruk.
Jika terasa gatal atau bengkak semakin berlarutan, anda boleh menggunakan pek ais selama 10-15 minit untuk mengurangkan radang dan memberikan kelegaan dengan segera. Selain daripada itu, krim antihistamin atau losyen calamine boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan. Jika terdapat reaksi alergi yang lebih serius seperti bengkak yang melampau atau kesukaran bernafas, segera dapatkan rawatan perubatan yang lebih profesional. Penggunaan ubat antihistamin oral juga boleh membantu mengawal reaksi alahan yang disebabkan oleh gigitan pepijat.
Langkah Yang Harus Diikuti Untuk Menghapuskan Pepijat
Menghapuskan Pepijat Dengan Teknik Murajab
Untuk menghapuskan pepijat pula, terdapat beberapa cara yang anda boleh gunakan. Menghapuskan pepijat memerlukan pendekatan yang sistematik kerana serangga ini mampu bersembunyi di celahan kecil dan bertahan tanpa makanan selama beberapa bulan. Oleh itu, tindakan yang menyeluruh dan berterusan amat diperlukan untuk memastikan pepijat dapat dihapuskan sepenuhnya.



Pertama sekali, anda harus membersihkan Kawasan yang dijangkiti secara menyeluruh. Ini termasuk, mencuci seluruh pakaian, cadar, selimut dan langsir dengan menggunakan air panas yang sekurang-kurangnya 60°C supaya dapat membunuh pepijat serta telurnya. Seterusnya, keringkan pakaian dengan suhu tinggi, melebihi 45°C, selama 30 minit, kerana pepijat tidak tahan haba.
Vakum tilam, perabot, sofa, karpet, dan lantai dengan teliti, terutama sekali di kawasan celahan dan rekahan tempat pepijat bersembunyi. Selepas vakum, buang beg vakum dengan segera di luar rumah. Gunakan wap panas yang lebih daripada 50°C pada perabot, tilam, dan rekahan dinding untuk membunuh pepijat dan telurnya.
Kedua, untuk memastikan pepijat tidak kembali, gunakan penutup tilam khas atau dalam Bahasa inggeris, ‘bed bug encasement’ yang boleh memerangkap pepijat dan menghalang mereka daripada menggigit. Penutup ini perlu dipasang sekurang-kurangnya setahun untuk memastikan semua pepijat mati akibat kebuluran.



Ketiga, pepijat sangat sensitif terhadap suhu tinggi, dan rawatan haba adalah kaedah yang berkesan untuk membunuhnya. Anda boleh menggunakan penyembur wap panas (steam cleaner) untuk membasmi pepijat di tempat-tempat yang sukar dijangkau, meletakkan pakaian dalam mesin pengering dengan suhu tinggi. Dan cara terakhir, mendedahkan barang yang dijangkiti kepada cahaya matahari terik selama beberapa jam, jika tiada akses kepada rawatan haba profesional.
Jika infestasi menjadi terlalu teruk, penggunaan racun serangga khusus untuk pepijat boleh membantu mengawal infestasi. Namun, perlu berhati-hati kerana sesetengah pepijat telah menjadi kebal terhadap bahan kimia tertentu. Ada beberapa pilihan yang anda boleh gunakan, termasuk penyembur insektisida berbahan aktif pyrethroid atau neonicotinoid yang boleh membunuh pepijat. Serbuk diatomaceous earth (DE) atau silika gel yang mengeringkan tubuh pepijat dan membunuhnya secara fizikal tanpa bahan kimia.
Ia juga perangkap pelekat pepijat untuk menangkap dan mengurangkan populasi pepijat secara berperingkat. Mengelakkan perabot terpakai yang berisiko menjadi tempat persembunyian pepijat juga merupakan langkah pencegahan penting. Untuk hasil yang lebih berkesan, mendapatkan khidmat kawalan serangga profesional adalah pilihan terbaik bagi memastikan pepijat dapat dihapuskan sepenuhnya.
Pengenal Pasti Contoh Kesan Gigitan Pepijat Dan Cara Melindungi Rumah Kita
Ringkasan Innovative Pest Blog
Mengetahui lebih lanjut tentang pepijat dan tabiat mereka membolehkan kita lebih bersedia untuk mengenal pasti kehadiran serangga ini. Mengambil langkah awal untuk menghapuskannya sebelum infestasi menjadi lebih serius. Jika anda menemui bukti kehadiran pepijat di rumah, ambil tindakan segera sebelum populasi mereka bertambah. Jika infestasi menjadi serius, pertimbangkan untuk menghubungi perkhidmatan kawalan serangga profesional untuk penyelesaian yang lebih berkesan.