
Semut Charlie Tanda, Bahaya dan Rawatan Gigitan
March 21, 2025
The Red Imported Fire Ants (RIFA)
April 15, 2025
Spiders Blog
Labah labah berbisa mungkin menakutkan, tetapi dengan pengetahuan dan kesedaran yang betul, kita boleh hidup selaras dengan kebanyakan spesies ini tanpa rasa takut.
Kenali Ciri-Ciri Dan Risiko Labah Labah
Labah Labah Berbisa di Malaysia
Labah Labah adalah salah satu daripada haiwan yang paling berbisa di Malaysia. Secara umum, ia berbisa mempunyai saiz yang lebih besar dan warna yang lebih cerah atau corak yang khas untuk memberi amaran kepada pemangsa. Keseluruhan antara mereka mempunyai badan yang terbahagi kepada dua segmen. Kebanyakan labah labah berbisa lebih suka tinggal di tempat tersembunyi dan gelap, seperti di bawah batu, dalam sarang yang terlindung ataupun di dalam tumbuhan yang lebat.
Antara Labah Labah yang Terkenal di Malaysia
Jenis Labah Labah Berbisa di Malaysia
Di Malaysia, terdapat beberapa spesies labah-labah yang dikenal pasti sebagai labah labah tersebut. Antara yang terkenal adalah:


Tarantula ( Theraphosidae)
Di tempat kedua spesis yang paling berbisa di Malaysia ialah Tarantula, ia berwarna coklat gelap atau hitam dengan bulu yang lebat di seluruh badan. Gigitan mereka mengandungi bisa neurotoksin yang menyebabkan bengkak, kesakitan, dan reaksi alahan. Walaupun gigitan mereka tidak mematikan kepada manusia, tetapi boleh menjadi ketidakselesaan yang teruk selama beberapa hari. Bulu halus Tarantula boleh menyebabkan iritasi kepada kulit ataupun mata jika terpegang.
Black Widow (Latrodectus mactans)
Labah labah janda hitam mempunyai bisa sering dijumpai di Malaysia adalah Black Widow (Latrodectus mactans). Racunnya mengandungi neurotoxin yang boleh menyebabkan kesakitan yang teruk, kekejangan otot, dan gejala neurologi jika digigit. Black Widow memiliki lapan mata yang disusun dalam dua barisan. Mereka mempunyai saiz kecil, biasanya antara 1.5 hingga 2.5 cm dan sering dijumpai di tempat yang gelap seperti dalam sarang, gudang, atau bawah batu dan kayu.


Brown Recluse (Loxosceles reclusa)
Selain daripada itu, Brown Recluse (Loxosceles reclusa) adalah salah satu daripadanya yang berbisa. Ia berwarna coklat kekuningan atau perang dengan bentuk corak berbentuk violin kecil di belakang kepala. Berbanding dengan Black Widow, saiz badan Brown Recluse lebih kecil, berukuran sekitar 1-2 cm, dan memiliki kaki yang lebih panjang. Dibandingkan daripada yang lain, ia mempunyai hanya enam mata yang disusun dalam bentuk satu barisan.
Labah labah brown ini ditemui di kawasan yang sunyi dan terlindung, seperti dalam ruang yang tidak diganggu manusia atau di bawah perabot. Racun mereka menyebabkan nekrosis tisu (kematian sel tisu) dan boleh menyebabkan luka yang menyakitkan dan sukar sembuh.
Wolf (Lycosidae)
Wolf (Lycosidae) pula biasanya berwarna perang atau kelabu dengan corak yang menyerupai tanah atau dedaunan. Oleh disebabkan coraknya, mereka tidak akan membuat jaring untuk menangkap mangsa tetapi mereka akan mencari tempat yang terbuka atau sedikit terlindung. Seperti di hutan atau kawasan yang berdaun untuk memburu dan menangkap mangsa secara langsung, mirip seperti serigala. Corak badannya membantu dalam kamuflaj, memudahkan mereka menyelinap ketika memburu mangsa.
Mereka juga sering memburu pada waktu malam. Walaupun tidak terlalu berbahaya kepada manusia, gigitan mereka boleh menyebabkan kesakitan dan pembengkakan. Badan mereka antara 1 – 5 cm dan mempunyai kaki panjang dan berotot, membanti mereka berlari dengan pantas untuk menangkap mangsa.
Bahaya dan Tanda Gigitan Labah Labah
Kesan Gigitan dan Ancaman Labah Labah Berbisa
Secara umum, jika anda telah digigit seekor labah labah, kulit di sekitar gigitan akan mula bengkak, menjadi merah dan rasa panas. Ada yang mengalami kegatalan atau rasa kebas di kawasan gigitan. Ada juga yang mengalami lebam atau ruam berbentuk bulat. Jika anda mendapati bahwa kesan gigitan menjadi semakin merosot, dapatkan rawatan professional daripada doctor dengan segera.
Walaupun Tarantula sering dikaitkan sebagai spesies yang beracun, gigitan daripada labah labah jantan tidak begitu bahaya dan kematian sangat jarang berlaku. Gigitan Tarantula jarang disertai dengan toksin yang boleh menyebabkan masalah sirius kepada mangsa tetapi akan menyebabkan kesakitan. Sensasi terbakar, bengkak dan ruam kecil di sekeliling kawasan luka. Reaksi alahan kepada bulu jarum yang terlepas dari badan Tarantula mungkin boleh berlaku, menyebabkan reaksi alergi seperti urtikaria, angioedema, atau bronkokonstriksi pada individu sensitif.



Beliau adalah nokturnal yang lebih cenderung untuk menggigit apabila ia berasa terancam dengan sunting sunting sumber. Mereka lebih agresif terhadap serangga-serangga kecil. Walaupun racun mereka tidak akan membunuh mangsa tersebut, tetapi ia boleh melumpuhkannya. Tarantula sebagai haiwan peliharaan biasanya akan menggigit secara kering, tanpa mengeluarkan racun, menyebabkan kerosakan kulit ringan yang mudah dirawat dengan antiseptik.
Bagi sesetengah daripada mereka yang mungkin sensitif kepada bisa atau reaksi alahan, penting untuk mendapatkan rawatan dengan segera jika terdapat sebarang gejala luar biasa. Jika tidak dirawat dengan cara yang bersih dan betul-betul, ia boleh menyebabkan komplikasi. Tarantula lebih suka menghindari manusia dan mereka akan menggigit hanya apabila merasa terancam, oleh sebab itu, menghindarinya adalah langkah yang terbaik.



Lycosidae, walaupun tidak dianggap sebagai spesies paling berbisa. Gigitannya tetap boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada manusia. Sama seperti Tarantula, Lyncosa tidak bergitu agresif dan lebih suka melarikan diri daripada ancaman. Simptom awal yang selalu berlaku apabila digigit Lyncosa ialah, kesakitan selalunya akan terasa di tapak gigitan dan rasa seperti sengatan lebah iaitu pedih dan seperti dicucuk.
Selepas 30 minit hingga 24 jam, sakit akan lebih meningkat. Sesetengah individu mungkin akan mengalami rasa kebas atau panas di sekitar kawasan gigitan. Untuk individu yang mempunyai kulit sensitif, lepuh kecil mungkin akan muncul di tapak gigitan. Kesakitan juga berbanding kepada saiz Lycosidae itu.
Apakah Punca Labah-Labah Memasuki Rumah?
Labah labah sering mencari tempat yang selamat untuk bertelur dan berlindung, terutamanya di kawasan gelap atau lembap. Jika rumah anda mempunyai banyak serangga kecil sebagai makanan, ini juga akan menarik labah labah untuk masuk.
Fakta Menarik Serta Rawatan
Cara Rawatan Gigitan Labah Labah Berbisa
Jika anda digigit dengan Lyncosa ataupun Tarantula, cara rawatan senang sahaja kerana gigitannya tidak seteruk seperti labah labah Black Widow. Pertama sekali, anda harus mencuci kawasan yang telah digigit dengan bersih menggunakan air dan juga sabun. Ini supaya anda dapat mengurangkan risiko jangkitan bakteria yang boleh melewatkan proses kepulihan anda. Kemudian, letak ais yang dibalut dengan kain di atas kawasan digigit selama 10 – 15 minit setiap jam untuk mengurangkan bengkak.
Cara ini digunakan untuk penyelesaian sementara untuk dapat mengurangkan rasa sakit, selepas itu, letakkan antiseptik seperti iodin atau alkohol untuk mengelakkan jangkitan. Sapukan krim antibiotik (seperti Neosporin) jika ada luka kecil atau lepuh. Jika terlalu menyakitkan, anda boleh ambil paracetamol atau ibuprofen untuk tahan kesakitan itu. Walau bagaimanapun, jika semakin mudarat, ataupun anda mula sesak nafas, muntah-muntah dan pening, pastikan anda mengambil rawatan yang professional dan jumpa doctor.
Langkah-Langkah Kesedaran dan Pencegahan
Menghindari Labah-Labah Berbisa
Untuk mengelak bertemu dengan atau digigit, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil.
Dengan pengetahuan bahwa Lycosidae dan Tarantula biasanya mendiami kawasan berumput, semak-semak, atau tanah yang lembap. Elakkan daripada berjalan di kawasan yang terlalu bersemak atau tidak terjaga, terutama sekali pada waktu malam apabila mereka lebih aktif. Labah labah betina berbisa biasanya mencari tempat yang gelap membina sarang merupakan benang sutera untuk kantung telur di kawasan seperti ruang bawah tanah, garaj, atau loteng. Mereka juga cenderung menyukai kawasan yang mudah kurang terdedah kepada manusia.
Oleh itu, anda harus senantiasa menjaga kebersihan rumah dan sekitaran. Anda boleh kemas rumah terutama sekali di daerah stor dan bawah katil dan pastikan tingkap dan pintu anda ditutup rapat. Untuk lebih memastikan anda tidak digigit dengan spesies labah labah bahaya ini, elakkan daripada menyentuh ataupun mengendalikan Tarantula peliharaan secara langsung.



Walau bagaimanapun, jika anda memeliharanya, anda boleh menggunakan sarung tangan apabila mengendalikan tarantula untuk mengelakkan kontak langsung. Elakkan mengusik atau mengganggu tarantula apabila ia tidak aktif atau berada di sarangnya. Untuk kawasan luar rumah pula, terdapat repelan serangga atau penyembur yang akan menghalang labah labah dari mendekati rumah anda.
Sembur repelan serangga di kawasan sekitar rumah yang berisiko menjadi tempat tinggal labah labah. Pastikan kawasan sekitar terus bersih dan bebas dari serpihan atau tempat berteduh yang boleh menjadi habitat bagi labah labah. Jika berkemungkinan terdapat beberapa labah labah berkumpul di sekitar rumah, anda boleh memasang perangkap labah-labah untuk menangkap dan mengeluarkan mereka tanpa menambah risiko gigitan. Cara ini boleh melindungi anda daripada digigit terutama sekali di daerah tangan.



Langkah-langkah yang boleh diambil untuk memasang perangkap ialah meletakkannya di tempat yang sering dilalui labah labah seperti sudut rumah atau ruang bawah tanah. Pastikan anda membersihkan perangkap secara berkala untuk mengelakkan labah labah berkumpul. Labah labah adalah haiwan yang memainkan peranan penting di dalam ekosistem dan kami tidak digalakkan untuk membunuh mereka. Oleh kerana itu, cara yang lebih sesuai untuk menghindari labah labah berbisa berbandingkan dengan membunuh mereka.
Anda boleh cuba menghilangkan sumber makanan mereka iaitu serangga kecil yang terdapat di dalam rumah anda. Labah labah juga makan lipas, kutu katil dan nyamuk. Menggunakan perangkap dan kawalan serangga dari Innovative Pest Management dan menghalang labah labah daripada memasuki dalam rumah anda ataupun membiak.
Langkah Berjaga-Jaga Untuk Keselamatan Diri
Ringkasan Innovative Pest Blog
Kesimpulannya, walaupun labah labah Lycosidae dan Tarantula tidak agresif, mereka boleh menggigit jika mereka terasa terancam. Dengan mengambil langkah langkah pencegahan seperti memastikan rumah bersih, berpakaian pelindung semasa berada di luar. Dan mengendalikan tarantula peliharaan dengan berhati-hati, anda boleh mengurangkan risiko berhadapan dengan atau digigit oleh mereka. Dalam situasi yang lebih serius, dapatkan rawatan dengan segera.