
The Red Imported Fire Ants (RIFA)
April 15, 2025
Guide to Bedbug Pest Control in Malaysia
April 24, 2025
Ants Pest Blog
Ketahui lebih lanjut tentang jenis jenis semut di Malaysia dan bagaimana perkhidmatan kawalan serangga kami dapat membantu mengawal dan mencegah masalah infestasi di kediaman anda.
Memahami Jenis Jenis Semut di Malaysia
Jenis Jenis Semut di Malaysia
Merujuk kepada kajian, terdapat sekurang-kurangnya 300 hingga 400 jenis semut di Malaysia dan jumlah ini boleh meningkat apabila lebih banyak kawasan diteroka. Terutamanya dalam hutan hujan tropika seperti di Sabah atau Sarawak. Ia terkenal kerana kerajinan, kelincahan dan cara mereka bekerja secara sekumpulan. Walaupun kebanyakkan jenis semut di Malaysia kecil dan tidak membawa amcaman kepada manusia , mereka tetap boleh menjadi punca kerosakan kepada bangunan dan perumahan.
Semut Api | Fire Ant (Solenopsis)
Diikenali ramai kerana sengatannya yang menyakitkan yang menyebabkan sensasi yang panas seperti terbakar. Serangga perosak ini salah satu yang paling agresif, menyakitkan dan boleh memberi kesan besar kepada manusia, haiwan dan persekitaran.
Saiz :
- 2mm hingga 6mm
- Bentuk Badan: Badan mereka bersegmen, bentuk bujur panjang
- Sengat: Berada di belakang (abdomen) untuk menyuntik bisa
- Warna: Mereka merah keperangan hingga merah gelap
- Sayap: Hanya ratu dan Jantan mempunyai sayap

Pemakanan :
Semut api ialah pemakan amnivora, bermaksud mereka sesuai dengan memakan segala. Dengan ciri ini, mereka mudah menyesuaikan diri di pelbagai habitat. Makanan utama mereka termasuk:
- Serangga lain yang kecil termasuk ulat, kumbang atau semut lain
- Bangkai haiwan semut api bertindak sebagai pembersih semula jadi
- Sisa makanan manusia
- Madu embun (cecair manis yang dihasilkan oleh serangga seperti aphid)
Habitat :
- Selalunya di tanah lapang, rumput, kebun dan taman
- Kadangkala di bawah pokok, akar pokok, celah rekahan lantai
- Mereka akan menggali tanah dan membina sarang di bawah tanah yang berbentuk kubah kecil dan kadangkala sarang mereka tidak mudah kelihatan kerana tiada bukaan yang jelas.
- Semut api mungkin akan masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan dan membawa balik ke koloni semut.
Kesan :
Terhadap manusia: Sengatan serangga ini menyakitkan dan mungkin boleh menyebabkan reaksi allergi kepada sesetengah orang. Sengatan rasa seperti dicucuk dengan jarum panas. Kesan gigitan termasuk bengakak, kemerahan dan lepuh yang berisi nanah. Untuk orang yang mengalami reaksi allergi, mereka akan mengalammi ruam, gatal teruk dan sesak nafas, pening.
Terhadap Alam Sekitar dan Pertanian: Serang tanaman , makan benih dan anak pokok. Mereka bersifat invasif (mengganggu spesies tempatan, mengganggu keseimbangan ekosistem.)
Pencegahan dan Kawalan Semut :
Di dalam Rumah:
- Simpan makanan dalam bekas tutup dan jangan biarkan makanan terbuka di atas meja atau lantai.
- Selalu bersihkan kawasan dapur dan tempat-tempat yang lembap.
- Tutup semua lubang kecil di dinding, lantai ataupun tingkap.
Di Luar Rumah:
-
- Kerap memeriksa halaman luar rumah dan taman untuk sarang tanah
- Jangan mengganggu sarang semut api jika bertemu
- Cuba untuk semak kawasan sebelum duduk di taman.
Penyelesaian dan Rawatan :
Kawalan infestasi:
- Menggunakan bahan kimia seperti umpan racun. Semut pekerja akan membawa makanan beracun balik ke koloni dan menjangkiti ratu dan yang lain.
- Jika anda mengalami infestasi yang besar, hubungi kami, untuk mendapatkan perkhidmatan kawalan serangga yang profesional.
- Sembur racun jenis granul atau cecair terus ke sarang.
Rawatan:
Cuci kawasan gigitan menggunakan sabun dan air bersih. Letak ais atau air sejuk, ini adalah cara untuk kurangkan bengkak atau sakit. Guna krim antihistamin atau krim hidrokortison untuk kurangkan gatal. Kemudian ambil ubat oral seperti cetirizine atau loratadine jika gatal teruk.
TAHUKAH ANDA?
Semut Api bekerja dalam kumpulan dan akan berkomunikasi menggunakan feromon untuk memanggil rakan rakan nya ke sumber makanan.
Semut Hitam Besar | Carpenter Ant (Camponotus)
Serangga ini berkomunikasi menggunakan feromon dan melalui jejak bau ini juga , mereka boleh mengesan makanan dari jarak jauh. Koloni mereka mempunyai sistem sosial yang kompleks dan pembahagian tugas yang jelas. Ratu ini hanya mengawan sekali, tetapi boleh menghasilkan telur sepanjang hayatnya. Dalam koloni seperti semut tukang (Carpenter ant), ratu boleh hidup sangat lama dan terus bertelur sepanjang hayatnya.
Saiz :
- Pekerja biasa: 6mm hingga 12mm
- Bentuk khas: Bahagian dada agak berlengkung halus
- Warna: Hitam pekat, kadangkala coklat
- Kaki: 6
- Sayap: Hanya Ratu dan Jantan mempunyai sayap pada musim mengawan
- Antenna: Bengkok depan, panjang dan selalu bergerak

Pemakanan :
Seperti semut api, jenis hitam besar ini juga serangga omnivor yang memakan pelbagai jenis makanan. Pelbagai dalam diet mereka membantu spesies ini menyesuaikan diri di mana mana habitat. Mereka juga memakan sumber protein seperti serangga mati dan bahan organik yang mereput. Di kawasan perumahan, mereka sering tertarik kepada sisa makanan manusia, minuman manis, dan bahan berminyak di dapur.
Habitat :
Mereka suka kawasan yang lembap, reput ataupun berongga, biasanya di dalam kayu mati, tunggul reput, dan pokok-pokok tua. Namun di kawasan perumahan atau bandar pula. Mereka cenderung membuat sarang dalam struktur kayu yang terdedah kepada kelembapan seperti bingkai pintu dan tingkap, papan lantai, dinding kayu, serta perabot lama. Walaupun mereka tidak makan kayu, mereka suka mengorek dan membuat terowong dan bilik kecil dalam kayu lembap untuk membuat sarang
Kesan :
Kesan Gigitan: Walaupun gigitan serangga ini tidak berbisa, namun cukup kuat untuk menimbulkan rasa pedih dan sakit. Kadangkala, jika anda mempunyai kulit sensitive ataupun digigit dengan kuat, lebam dan bengkak kecil akan timbul. Ia boleh mula rasa gatal selepas beberapa minit.
Kesan Kehadiran: Kehadiran koloni ini di dalam rumah boleh mengganggu aktiviti harian dan mencemarkan makanan jika ia menjelajah ke kawasan dapur dan tempat simpanan makanan.
Pencegahan dan Kawalan Semut :
Untuk mengelakkan serangga ini daripada memasuki rumah:
-
- Pastikan rumah sentiasa kering (memperbaiki paip bocor)
- Tutup rekahan pada dinding
- Simpan makanan dalam bekas kedap udara
- Kayu lembap di dalam rumah harus selalu diperiksakan
Penyelesaian dan Rawatan :
Jika infestasi telah berlaku di dalam rumah:
- Kegunaan umpan semut adalah kaedah paling berkesan
- Jika mereka membuat sarang di dalam kayu lembap, buang kayu itu
- Gunakan racun khas berbentuk cecair atau serbuk ke sarang atau kayu
- Jika infestasi terlalu teruk, hubungi profesional kami untuk membasmi dan mencegah infestasi
- Jika anda digigit , basuh kawasan digigit dengan bersih dan gunakan krim anti-gatal atau antihistamin
TAHUKAH ANDA?
Beberapa spesies Camponotus boleh memecahkan badan mereka untuk mempertahankan koloni.
Semut Gula | Ghost Ant (Tapinoma Melanocephalum)
Nama nya merujuk kepada tabiat mereka yang suka mencari dan amat tertarik kepada manis-manisan seperti gula. Mereka boleh mengesan makanan manis dari jauh melalui penglihatan dan deria bau yang sangat tajam. Walaupun mereka kecil, mereka sangat lincah dan dapat bergerak dengan cepat mencari sumber makanan. Gigitan semut gula jarang-jarang menyebabkan masalah serius kepada manusia, tetapi ia boleh menyebabkan gatal atau keradangan ringan pada kulit.
Saiz :
- Antara 2mm hingga 7mm
- Bentuk : Berbadan bersegmen
- Warna : Boleh berwarna coklat muda, hitam, atau kemerahan
- Kaki : Mempunyai 6 kaki
- Sayap : Semut pekerja biasa tidak mempunyai sayap, hanya ratu dan jantan
- Antenna : Panjang, bengkok dan bersegmen

Pemakanan :
Makhluk ini paling tertarik dengan makanan yang manis. Mereka suka makan makanan seperti gula, sirap, madu, jem dan juga buah-buahan. Selain daripada itu, mereka akan makan makanan karbohidrat, lemak dan makanan berminyak. Jika rumah anda ada banyak makan yang manis, serangga ini akan menjelajah ke dalam rumah pada waktu malam, mencari sisa makanan dan membawanya balik ke koloni.
Habitat :
Terdapat beberapa lokasi dimana semut gula tinggal, yang memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, sumber air dan lindungan. Mereka biasanya membina sarang yang kecil yang tersembunyi dan sukar dikesan , serta menjelajah dalam barisan untuk mencari makanan.
Kawasan dalam rumah:
- Di dalam dapur, berdekatan dengan sinki dan tong sampah
- Dalam celah cabinet, dinding atau retakan lantai
- Tempat yang anda menyimpan makanan atau balang yang tidak ditutup dengan rapat
Kawasan luar rumah:
- Di bawah batu, papan kayu, atau akar pokok
- Sekitaran pokok-pokok buah yang manis (sumber nektar)
- Di celah-celah pokok reput atau batang kayu mati
Kesan :
Walaupun mereka tidak membawa ancaman besar terhadap manusia, kehadiran mereka tetap boleh mendatangkan kesan negatif.
Pencemaran Makanan : Spesies ini akan masuk ke dalam bekas makanan, gula atau sisa makanan. Oleh sebabkan itu, makanan yang dicemari harus dibuang dan ia membawa bakteria dari tempat yang kotor.
Menjejaskan kebersihan: Barisan semut yang panjang boleh mengotorkan dinding, lantai, atau meja. Ini juga boleh menyebabkan rasa tidak selesa atau menjijikkan kepada penghuni rumah. Kehadiran mahluk ini dalam jumlah yang besar boleh menyebabkan tekanan, rasa geli dan fobia pada sesetengah individu.
Pencegahan dan Kawalan Semut :
Untuk mengelakkan rumah daripada infestasi;
-
- Pastikan kawasan dapur bersih setiap masa, terutamanya selepas makan.
- Simpan makanan dalam bekas bertutup.
- Tutup semua lubang dan rekahan di rumah.
- Elakkan membiarkan air tumpah atau lembapan terbuka, kerana semut suka kawasan lembap.
- Letakkan bahan penghalau semula jadi seperti: kulit timun, serbuk kayu manis dan cuka atau lemon di kawasan yang sering dilalui semut gula.
Penyelesaian dan Rawatan :
Gunakan umpan semut komersial (ant bait) supaya semut membawa racun balik ke sarang. Untuk kawasan kecil, anda boleh gunakan semburan racun (elakkan sembur laluan utama kerana ini boleh memecahkan koloni). Selain daripada itu, anda boleh menggunakan kapur semut, gel racun, atau racun semut semula jadi seperti air sabun dan cuka. Jika infestasi telah merebak dan terlalu susah untuk rawat, panggil pihak kawalan serangga professional.